PLAN B

 

Pelan B diwujudkan oleh Prof. Datuk Dr. Farid Ismail disebabkan kerana matlamat beliau tidak tercapai sepenuhnya membantu setiap peserta yang menyertai PROGRAM EKSPRESS PLAN A dimana tidak semua peserta mampu mencari peserta-peserta baru.

Bermula dari sini, Prof. Datuk Dr. Farid Ismail telah mengkaji & menyelidik selama 1 tahun 6 bulan sebelum membentuk satu sistem yang dapat dilaksanakan kearah matlamat menjana pulangan kepada setiap peserta yang menyertai program Plan B ini mengikut giliran masing.

Plan ini dikendalikan sepenuhnya oleh WORLD HERITAGE RESOURCES yang dilantik oleh Kristal Karisma yang mana 'orang kuat'nya merupakan bekas peserta yang sudah berjaya bergelar jutawan dalam Plan A.

Walaupun seakan boleh digambarkan sistem ini seperti sistem kutu yang telah terkenal di negara kita, namun sedikit olahan dibuat yang membolehkan peserta mendapat jumlah pulangan berganda secara sistematik.

KENAPA MESTI ADA PLAN B?

Bagi memastikan kesemua peserta yang terlibat di dalam program PELAN EMAS & PLATINUM BIJAK mendapat sumbangan yang maksimum dari peserta-peserta dalam program yang sama mengikut giliran masing-masing. (Tempoh seseorang peserta mendapat sumbangan tidak dapat di tetapkan, ia mengikut kemasukan peserta).


 

 

Illustrasi PLAN B - POTENSI PULANGAN


 

 

Plan B - Platinum Bijak

Kaedah Plan

Dengan menyumbang sejumlah RM396.50 (satu unit) dalam Plan Platinum Bijak ini, Anda bakal mendapat pulangan sehingga RM30,573 .

Sumbangan yang anda berikan adalah merupakan pecahan kepada 13 'Penerima' wang pos yang mana setiap satu bernilai RM30, manakala lebihannya pula adalah komisyen yang dibayar kepada POS Malaysia ( RM30 x 13 = RM390 ) + RM6.50 = RM396.50.

Jumlah yang diberikan kepada Anda ini bukanlah secara 'lump-sum' dan bukan juga secara wang tunai, tetapi sebaliknya ia diberikan secara berjadual mengikut nilai pada setiap 6 tahap melalui wang pos.

Plan B - Emas Bijak

Kaedah Plan

Dengan menyumbang sejumlah RM136.50 (satu unit) dalam Plan Emas Bijak ini, Anda bakal mendapat pulangan sehingga RM10,191 .

Sumbangan yang anda berikan adalah merupakan pecahan kepada 13 'Penerima' wang pos yang mana setiap satu bernilai RM30, manakala lebihannya pula adalah komisyen yang dibayar kepada POS Malaysia ( RM10 x 13 = RM130 ) + RM6.50 = RM136.50.

Jumlah yang diberikan kepada Anda ini bukanlah secara 'lump-sum' dan bukan juga secara wang tunai, tetapi sebaliknya ia diberikan secara berjadual mengikut nilai pada setiap 6 tahap melalui wang pos.

Berikut Merupakan Syarat-Syarat Penyertaan Plan B

  • 1. Beragama Islam.
  • 2. Mempunyai Kad Pengenalan atau Passport.
  • 3. Telah menyertai Plan A, seperti jadual dibawah:
    Syarat Penyertaan & Kelayakan
    Penyertaan Plan A - Program Ekspress Kelayakan Plan B
    a) Perak (Rm50) 1 Unit
    b) Perak + Emas (Rm150) 2 - 5 Unit
    c) Perak + Emas + Platinum (Rm462) Tiada Had

    Jadual diatas merupakan syarat yang di kenakan keatas peserta-peserta yang hendak mengikuti pelan B ini.

    a) Untuk menyertai 1 Unit Pelan B Emas Bijak & Plantinum Bijak, peserta tersebut mestilah mengambil mana-mana pakej yang terdapat pada Pelan A.

    b) Jika peserta mengambil 2 pakej Pelan A, secara automatik peserta boleh mengambil 2 hingga 5 Unit (secara sekaligus ataupun satu-satu) di Pelan B.

    c) Jika peserta ingin mengambil (top-up) tanpa had, peserta tersebut mestilah mengambil lessen penuh ( menyertai Pakej Pelan A kesemuanya PERAK,EMAS & PLANTINUM)